Tuesday, 28 June 2011

KERJA BY IRWANSHAH

  • Manusia.. Terlahirnya  manusia dimuka bumi ini,menjadi satu kegembiraan bagi ibubapa dan keluarga. Mana taknya menyambut saudara juga penyambung keturunan baru kita. Dari kecil,semakin membesar,dari sekolah kini dah mula beKERJA... Alhamdulillah,Allah SWT berikan lagi saya ilham. Bukan kisah tentang manusia. Akan tetapi mengenai KERJA... Sudah lumrah kan kita sebagai manusia,tak kira islam atau tidak. Diharuskan beKERJA dan mencari rezeki bagi menampung diri dan keluarga. Cukup umur,habis study,mulalah mencari peluang untuk kerja dan mencari rezeki dan duit sendiri. KERJA ini dah bagai kembar siam pada kita. Kalau tak KERJA,memang tak cukup sifatlah manusia tu.. Hehehe. -Jangan marah-   Dahulu kita lihat amat kurang kaum wanita yang bekerja,akan tetapi pada zaman sekarang semakin ramai wanita bersaing dengan lelaki. Kadang tu lebih tinggi jawatan dari si Arjuna ini... Itulah hasilnya orang yang rajin dan kuat usaha,Allah akan membantu dan menaikkan dia. Akan tetapi KERJA ini juga banyak sangat kelemahan dan keburukannya bagi kita. Yang kita tak berapa nak fikir dan nampak. Bisa menaikkan dan menjatuhkan. Bisa beri kejayaan dan juga kegagalan. Apa ye makna semua tu???  Ye,hari ini saya akan bentangkan pada anda semua.. Sedikit sebanyak yang saya nampak dan sedar. .. Melihat dari sudut kebaikan dan kelebihan yang kita nampak,KERJA ini dapat menaikkan martabat kita dimata semua orang. Kita dipandang sebagai seorang yang rajin,kuat usaha dan berjaya dalam hidup. KERJA ini juga,menaikkan semangat jati diri seseorang itu,mendisiplinkan,dan menaikkan taraf hidup juga ekonomi,dapat berkahwin,beli rumah juga kereta mewah.. Pokoknya memang  anda jadi AWESOME lah sedara.. Akan tetapi,kerja jugak banyak keburukan dan kelemahan,maknanya sangat memberi IMPACT yang amat besar dan mendalam.. Dan seiring mengagalkan kita. Berjayanya seseorang itu dalam hidup,bermula dari ilmu dan KERJA,berakhirnya kegagalan seseorang itu juga disebabkan KERJA. Orang kita yang kita tengok sekarang amat rajin,tak kira KERJA apa,jawatan itu kurang sesuai dengan diri jantina pun orang tu akan cuba menyesuaikan diri dan KERJA. Sanggup KERJA lebih masa,KERJA shift,semata2 untuk mencari rezeki yang halal. Tapi jangan kita tak nampak ye,banyak juga yang tak kira halal atau tak KERJA tu yang penting masyuk tiap2 bulan. Dia cakap," Ala,kerja je haram,duit tak haram" Wah hebatnya kata si dia ye,dah tak kira halal haram dah. KERJA juga melibatkan banyak gelaja rasuah,riba,semua berkait dengan KERJA ini. Budak2 muda islam pun dah takda malu KERJA kat club club diibu kota,jadi GRO dan sebagainya. Sanggup dedah dan buka aurat kerna tempat KERJA menetapkan syarat uniform begitu. Dah la KERJA tempat yang haram,ditogoknya(diminum) arak,dan berpakaian yang ....... Bertambah lagilah timbunan dosa awak tu kawan... Dipejabat2 pulak banyak kita dengar mengenai ganguan sexsual. Ambik kesempatan. "Geram katanya tengok peha putih yang memakai skirt tu". Ya Allah.. Ha,tu baru sikit,ada jugak kawan2 yang menjatuhkan kawan,semata2 berebut pangkat dan kedudukan ditempat KERJA. Sampai ada yang menyihir rakannya untuk sakit dan berhenti KERJA sendiri. KERJA tak cuti,tak tentu masa dan WORKAHOLIC sampai tak kira dunia,anak bini,suami,keluarga juga yang wajib iaitu SOLAT. Tepaksa la pulak,bekerja masa waktu solat dan solat JUMAAT. Kadang tu dia cakap,"Penat lah KERJA,takda masa nak solat. Bz sangat. KERJA I bertimbun ni U" Mindset dia hanya KERJA... Bak kata Tan Sri P.Ramlee,"Selagi tak tutup mata,KERJA,KERJA,KERJA... Nasib kaulah LABU... Remaja kita ni banyak yang belajar tinggi,dan genius sangat,tapi ramai juga yang tak KERJA. Menganggur,makan hasil Mak Bapak je!!!  Bila ditanya,"Apa guna aku belajar tinggi2 kalau nak KERJA jawatan rendah tu??? Dan lah gaji murah!!!" Sanggup tu tak KERJA dari makan GAJI yang kecik.. Bangunlah wahai anak muda,kalau tak KERJA mana nak dapat pengalaman. Dan dapat kenaikan gaji??? Ayuh,bangun deh!!!  BANGUN DARI MIMPIMU!!! Ada juga kes tekanan KERJA sampai stress dan jadi gila.. Lagi teruk ada yang sanggup BUNUH diri,lompat bangunan... Hebat,hebat.. Ni la kata orang KERJA GILA. Masyallah... Rupanya memang bole membuat kita gila dan lari dari landasan islam yang sebenar. Dah tak kira,halal haram,bermaruah atau tidak. Hisk.... "Tak takut balasan Allah ke kawan???".. 'Ke awak tu pasti berjaya dunia akhirat dengan KERJA?? Ke rajin KERJA jaminan masuk syurga??? Oh,sorry my friend,sesekali tidak bro!!! Ada kata KERJA ni wajib,ada kata KERJA ni beban. Apapun kata mereka,dia,juga kamu.. Kita dah nampak kan betapa berpengaruhnya KERJA ni pada kita. So fikir2 kanlah. Samada KERJA yang berkat dan memberi kejayaan dunia akhirat,KERJA yang main sapu je janji mewah,langsung tak KERJA. Atau KERJA yang halal,mahupun haram... Segalanya ditangan kamu. Tenggelamnya kapal kamu,atau timbulnya kapal kamu dan berjaya merentasi dunia. Hanya kamu yang bisa tentukan. Kamulah NAKHODA,juga anak anak kapal... Sekian saja nukilan karya saya pada kali ini.. Syukur pada ALLAH SWT atas ilham yang diberi pada saya. Moga kita semua bila memilih untuk diri kita sendiri. Bukan untuk siapa siapa. Jika ada sebarang cadangan tajuk cerita,usulkan pada saya,INSYALLAH saya cuba kupaskan... Create by Irwanshah 26.6.2011. 2359 pm. SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA!!                                                                                                                                                                                                                                                 
Dalam Firman Allah SWT, yang artinya: “Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebagian rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)
“Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun korma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?” (Q.S Yaasin(36): 34-35)
”Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramnal shaleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik”. (Q.S Al-Kahfi(18):                                                                          Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”. (Q.S. Al-Jumu’ah (62): 10)
”Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (Q.S Nuh:(71):19-20)

No comments:

Post a Comment